Wednesday, August 21, 2013

Bab Empat

Isi Kandungan
4.1 Pendahuluan
4.2 Pengertian Ibadat
4.3 Pembahagian Ibadat
4.3.1 Ibadah Khusus
4.3.2 Ibadah umum
4.3.3 Antara syarat-syarat ibadah
4.4 Asas - Asas Ibadah
4.4.1 llmu Sebagai Asas Ibadah
4.4.2 Iman Sebagai Asas Ibadah
4.4.3 Ihsan Sebagai Asas Ibadah
4.4.4 Ikhlas Sebagai Asas Ibadah
4.5 Keistimewaan Ibadah Dalam Islam
4.5.1 Bebas dari sebarang perantaraan
4.5.2 Tidak terikat dengan masa dan tempat tertentu
4.5.3 Tidak membebankan, mudah dan praktikal
4.5.4 Skop ibadah yang sangat luas
4.6 Impak Ibadah dalam Kehidupan Muslim
4.6.1 Pendahuluan
4.6.2 Membina Insan Berkuatiti


Konsep Ibadah Membina Insan Berkualiti

4.1 Pendahuluan

Segala kejadian di atas muka bumi ini adalah ciptaan Allah SWT Dia menciptakan langit, burni, gunung-ganang, bukit-bukau, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan sebagainya. Dia menciptakan segala-galanya dari yang sekecil-kecilnya hinggalah ke sebesar-besarnya dengan tidak sia-sia. Firman Allah SWT :
Terjemahan: (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. (Surah ali 'Imran : 191).

Setiap sesuatu ada faedahnya dan manusia diperintahkan supaya mengkaji dan menyelongkar setiap kejadian Allah SWT Banyak ayat-ayat Allah SWT yang memerintahkan manusia supaya mengkaji ciptaan Allah.

Secara khususnya, tujuan Allah SWT menciptakan manusia dan jin ialah supaya mereka beribadah iaitu mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT semata-mata sebagaimana firmanNya:
Terjemahan: dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. 57. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. 58. Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang mempunyai kekuasaan Yang tidak terhingga, lagi Yang Maha kuat kukuh kekuasaanNya. (Surah al Dzariyat : 56-58).

Allah SWT membuat suatu penegasan yang jelas bahawa manusialah yang berhajat kepada Allah sebagaimana firmanNya:
Terjemahan: (oleh kerana Allah Menguasai segala-galanya, maka) Wahai umat manusia, kamulah Yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam Segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (Surah Fatir : 15).

Begitu juga dalam satu Hadis Qudsi, Allah SWT menyatakan yang maksudnya:


Wahai hambaKu, Aku tidak menjadikan kamu agarAku terluhibur dari kesepian, atau untuk membanyakkan bilangan kamu dan kekurangan, atau meminta pertolongan kamu dalam perkara yang Aku lemah, begitu juga bukan dengan tujuan untuk mendapatkan manfaat atau menolak kemudharatan. Sebenarnya Aku menjadikan kamu untuk beribadat kepadaKu dan berzikirserta bertasbih kepadaKu setiap pagi dan petang. (Hadis Qndsi).

Al-Syahid Sayyid Qutb menjelaskan bahawa sebenarnya tuntutan Allah SWT kepada manusia agar patuh kepadaNya adalah bertujuan demi kesejahteraan dan kebaikan manusia itu sendiri (Sayyid Qutb, 1998: 105). Allah tidak memerlukan apa-apapun daripada manusia kerana segala sesuatu yang ada di langit dan di bumi ini adalah milikNya belaka. Allah hanya menuntut kesetiaan manusia kepadaNya hanya kerana Dia menginginkan manusia itu hidup sejahtera. Allah tidak mahu makhluk yang paling mulia ciptaanNya ini menjadi hamba syaitan atau manusia atau benda-benda lain yang memiliki darjat lebih rendah daripada manusia. Allah mahu supaya manusia yang menjadi wakilNya atas muka bumi ini berjaya melaksanakan amanah yang terpikul di bahu mereka semenjak zaman Adam a.s. lagi sebagaimana firmanNya :

Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan. (Surah al Ahzab : 72).

4.1.1 Matlamat dan tujuan ibadah
Kenapakah kita beribadah menyembah Allah SWT ? Kenapakah Allah mewajibkan kita beribadah dan mentaatiNya? Adakah sebarang faedah diperolehiNya daripada perasaan khusyuk dan ikhlas kita yang patuh kepada perintah dan meninggalkan laranganNya? Kiranya ada rnanfaat maka apakah hakikatnya manfaat itu? Adakah sasarannya semata-mata kerana ia perintah Allah yang kita mesti melaksanakannya? Allah SWT telah menyediakan jawapannya di firman-firmanNya:
Terjemahan: Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. (Surah al Dzariyat : 57).

Terjemahan: (oleh kerana Allah Menguasai segala-galanya, maka) Wahai umat manusia, kamulah Yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam Segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (Surah al Fatir : 15).

Terjemahan: sesiapa Yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa Yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya. (Surah Fusilat : 46).

Terjemahan: dan (ketahuilah), seseorang pemikul tldak akan memikul dosa perbuatan orang lain; dan jika seseorang Yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, Walaupun orang Yang diminta pertolonganNya itu dari kerabatnya sendiri. Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang-orang Yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab tuhan, serta mereka mendirikan sembahyang. dan SESIAPA YANG MEMBERSIHKAN DIRINYA (DARI SEGALA YANG DILARANG) MAKA SESUNGGUHNYA IA MELAKUKAN PEMBERSIHAN ITU UNTUK KEBAIKAN DIRINYA SENDIRI dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali. (Surah Fatir : 18).

Terjemahan: dan sesiapa Yang berjuang (menegakkan Islam) maka Sesungguhnya Dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk. (Surah al Ankabut : 6).

Manusia yang baik dan lurus adalah mereka yang menimbang segala urusannya dengan neraca rabbani dan mendekatkan diri dengan neraca rabbani dan mendekatkan diri dengan Tuhannya pada setiap perkataan dan perbuatannya. Ibadah dalam Islam merupakan suatu lorong yang membawa ke arah penyucian diri dan pembersihan amal perbuatan daripada kejahatan dan kemungkaran. Islam menegakkan ibadah di atas asas yang dapat menjamin kesucian tersebut asal saja ia dilakukan dengan sebaik mungkin dan terpelihara segala tata tertibnya.

4.2 Pengertian Ibadat

Secara umumnya, ibadah dari sudut bahasa berasal dari perkataan Arab yang terbentuk dari kata dasar abada yang mengandungi beberapa pengertian yang saling berkaitan antara satu sama lain. (la membawa maksud patuh, taat, tunduk, setia, menyembah, menghina dan memperhambakan diri kepada yang lain. Kerendahan diri, kepatuhan dan ketaatan ini adalah umum. Justeru seorang anak yang berbakti kepada kedua ibubapanya bolehlah dikatakan sebagai beribadah kepada kedua ibubapanya dari segi bahasa. Begitu juga dengan seorang isteri yang mentaati suaminya dan seorang pekerja yang mematuhi arahan majikannya.

Beberapa ulama dan cendekiawan Islam telah menghuraikan dengan agak terperinci pengertian ibadah dari sudut bahasa antaranya:

(a) Profesor Dr. T. M. Hasbi al-Syiddieqy mendefinisikan ibadat sebagai turut, patuh, tunduk dan doa. Definisi ini berdasarkan ayat dalam Surah Yasin:
Terjemahan: "Bukankah Aku telah perintahkan kamu Wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh Yang nyata terhadap kamu! (Surah Yasin : 60).

(b) Profesor Dr. Yusof al-Qaradawi menerangkan bahawa perkataan ibadat itu berasal dari bahasa Arab iaitu 'abada, ya'budu, ibadah yang membawa maksud patuh, taat, setia, menyembah, memperhambakan, dari merendah diri dan sebagainya. Ibadat merupakan puncak segala kepatuhan, ketaatan, kesetiaan, penyembahan, penyerahan diri, perendahan diri sehingga sanggup melakukan apa sahaja yang diperintahkan oleh pihak yang di ibadahkan.

(c) Ibadah menurut Al-Maududi ialah 'ubudiyah yang bermaksud kepatuhan. Kepatuhan yang dimaksudkan ini ialah penyerahan did seseorang kepada pihak yang lain. Pihak ini boleh memerintahkan orang tersebut melakukan sesuatu mengikut kehendaknya. Beliau menjelaskan bahawa manusia adalah hamba dan Allah adalah tempat pengabdian. Setiap yang dilakukan oleh seorang hamba dalam mematuhi tuannya adalah ibadat. Misalnya menjauhi dusta dan perkataan keji dalam perbualan sesama manusia dan mengatakan kebenaran, keadilan dan keramahan kerana Allah menyukai amalan ini. Maka ucapan-ucapan ini adalah ibadat kepada Allah SWT meskipun dalam hal ehwal duniawi.

Kesimpulan ibadat dari segi bahasa dapat diringkaskan sebagai patuh, taat dan menyerah kepada pihak yang lain. Dengan ini, kemerdekaannya telah diserah kepada pihak tersebut dan ia tidak akan mengingkarinya.

Dari segi istilah, ulama Islam mendefinisikan ibadah mengikut disiplin ilmu masing-masing seperti:
(a) Ulama Tafsir mendefinisikan ibadat sebagai: "Mengesakan Allah dan mengagungkanNya dengan sepenuh-penuh takzim serta merendahkan dan menundukkan diri kepadaNya.
(b) Ulama Tauhid atau Ilmu Kalam pula mendefinisikan ibadat sebagai:

Maksudnya: Ibadah itu ialah Tauhid.
Maksudnya: Mengesakan Allah, Tuhan yang disembah serta mengiktikadkan pula keesaanNya dan zat-Nya, pada sifatnya dan pada perbualanNya.

(c) Ulama Fiqh pula mendefinisikan ibadat sebagai: Maksudnya: "Segala apa yang dikerjakan untuk mendapaikan keredhaan Allah SWT dan mengharapkan pahalaNya diAkhirat.

(d) Ulama Akhlak pula mendefinisikan ibadat sebagai: Maksiidnya: Beramal dengan taat kepada Allah s.n: t. dari segi jasmani dan melaksanakan Syariah hlamiah.

(e) Ulama TaSWTwuf pula mendefinisikan ibadat sebagai:
Maksudnya: "Sesuatu yang dilakukan oleh seorang mukllaf yang bertentangan dengan keinginan nafsu untuk membesarkan Allah SWT ".
(f) Muhammad Qutb mendefinisikan ibadat seperti berikut:
Maksudnya: "Menghambakan dirihanyapada Allah dan menerima hukum daripada Allah satu-satuNya dalam urusan dunia dan akhirat. Kemudian tenrus menerus berhubungan dengan Allah s. w.t. dalam semua persoalan".

Ibadat bukan sekadar melakukan sembahyang, puasa, zakat, haji dan sebagainya malah mencakupi aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik, sosial, kebudayaan, pendidikan, pentadbiran dan sebagainya asalkan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT iaitu mengikut Syariat Islam.

(g) Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah pula mendefinisikan ibadat dari segi istilah sebagai segala usaha manusia untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT samada dalam percakapan atau perbuatan zahir dan batin. la tidak terbatas kepada pelaksanaan rukun iman yang enam, rukun Islam yang lima, doa, zikir, istighfar, taubat, taqwa, tawakal dan sebagainya malah meliputi pelaksanaan Syariat Islam dalam segala aspek kehidupan manusia.

(h) Fathi Yakan pula menjelaskan bahawa ibadat merupakan kemuncak ketaatan dan kepatuhan manusia terhadap Allah SWT Ketika itulah manusia berasa dan menyedari tentang keagungan, kekuasaan dan kebesaran Allah SWT

(i) Pengertian ibadat secara keseluruhan didefinisikan sebagai:
Maksudnya: "Ibadat Itu adalah nama bagi segala yang disukai Allah dan yang diredhaiNya, baik perkataan, mahupun perbuatan, samada terangatau tersembunyi.

Saiyidina AH bin Abi Talib menjelaskan bahawa ibadat merupakan pengakuan manusia tentang dirinya sebagai hamba Allah SWT yang secara sukarela atau terpaksa mesti patuh dan tunduk kepada titah perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Manusia jarang mengakui dan menerima kekuasaan Allah SWT khasnya dan alam amnya. Manusia yang menyedari hakikat ini berasa ringkas, mudah dan seronok melakukan ibadat kepada Allah SWT dan mereka yang kufur pula berasa begitu berat sekali melakukannya.

4.3 Pembahagian Ibadat

Suatu hakikat yang tidak dapat disangkal lagi ialah ruang ibadah dalam Islam amat luas sekali. lanya merangkumi setiap aktiviti hidup manusia. la terbahagi kepada dua iaitu ibadah khusus dan ibadah umum.

4.3.1 Ibadah Khusus

Ibadah khusus ialah segala amalan yang disebutkan secara khusus dalam Al-Quran dan Al-Sunnah dan ia terbahagi pula kepada dua iaitu ibadah fardu dan ibadah sunat.
Ibadah fardu ini pula terbahagi kepada dua pula iaitu fardu ain dan fardu kifayah. Ibadah fardu ain ialah ibadah yang wajib dilakukan oleh setiap muslim yang mukallaf. Sekiranya ibadah tersebut dilakukan, maka si pelaku akan mendapat pahala. Sebaliknya jika ia ditinggalkan maka ia akan mendapat dosa. Contoh ibadah fardu ain ialah mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menunaikan zakat dan haji bagi yang mampu dan berkuasa serta lain-lain ibadah yang dinyatakan dalam Al-Quran dan Al-Sunnah.

Ibadah khusus jenis yang kedua ialah ibadah fardu kifayah. Ibadah ini ialah sesuatu amalan yang wajib dilakukan oleh sebahagian daripada anggota sesuatu masyarakat Islam demi untuk kemaslahatan umat Islam. Seandainya semua orang Islam di dalam masyarakat tersebut tidak melakukannya, maka semua orang Islam di kawasan tersebut dikira berdosa. Sebaliknya jika terdapat beberapa individu muslim melaksanakannya, maka ia akan menyelamatkan seluruh orang Islam di dalam komuniti tersebut daripada dosa. Contohnya ialah mempelajari dan mempraktikkan bidang-bidang profesional yang mendatangkan manfaat kepada umat Islam seperti ilmu perubatan, kejuruteraan, perakaunan dan sebagainya.

Sementara itu ibadah sunat merupakan suatu amalan yang jika dilakukan akan mendapat pahala manakala jika ditinggalkan ianya tidak berdosa seperti tilawah Al-Quran, berzikir dan sebagainya. Ibadah sunat ini terbahagi kepada dua iaitu sunat muakkad dan sunat ghair muakkad. Ibadah sunat muakkad ialah ibadat yang sangat-sangat digalakkan seperti solat berjemaah, solat sunat fajar, korban, akikah, bersugi sebelum solat dan sebagainya. Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud:

Terjemalmn: "Kalaulah tidak menjadi kesusahan kepada umatku, nescayaaku akan mewajibkan mereka bersuci sebelum solat". (HadisRiwayat Bukharidan Muslim)

Ibadah sunat yang kedua ialah sunat ghair muakkad atau tidak muakkad. Ibadah sunat ini juga digalakkan dalam Islam tetapi tuntutannya tidaklah seberat sunat muakkad. Contohnya ialah seperti solat sunat Rawatib sebelum Maghrib, solat sunat Dhuha, berpuasa hari Isnin dan Khamis, beriktikaf di masjid, bersedekah dan sebagainya.

4.3.2 Ibadah umum

Ibadah umum ialah segala perkara atau pekerjaan selain dari ibadah khusus yang dilakukan semata-mata untuk mencari keredaan Allah SWT Apa-apa jua perkataan, perbuatan dan gerak hati yang dilakukan akan dikira ibadah seandainya amalan tersebut dilakukan mengikut syarat-syarat tertentu. Sekiranya solat, puasa, zakat dan haji mempunyai syarat-syarat sahnya, begitu juga dengan ibadah umum ini.

4.3.3 Antara syarat-syarat ibadah

1. Niat yang ikhlas kerana Allah SWT

Amalan tersebut mestilah bermula dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT Ikhlas bererti segala perkataan, amalan, jihad dan pengorbanan kita tujukan kepada Allah SWT , wajhullah (wajah Allah), keredhaan Allah tanpa mengharapkan sesuatu faedah seperti nama, pangkat, gelaran dan sebagainya. Firman Allah SWT ;

Terjemahan: pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan Yang demikian itulah ugama Yang benar. (Surah al Baiyinah : 5).

Niat menjadi perkara penting dalam menentukan sama ada sesuatu pekerjaan itu ibadah atau sebaliknya. Imam Nawawi (1233-1277M) meletakkan hadis tentang niat di tempat yang pertama dalam Buku Hadis 40 yang ditulisnya. Diriwayatkan daripada Saidina Umar al-Khattab RA bahawa Rasulullah SAW  bermaksud:
Terjemahan: "Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang apa yang ia niatkan"(Bukhari dan Muslim)

Kemurnian susu diukur tanpa adanya campuran kotoran, darah dan sebagainya. Lawan ikhlas ialah riyak. Riyak itu syirik. Syirik terbahagi kepada dua iaitu syirik jelas dan syirik tersembunyi. Riyak itu syirik secara tersembunyi kerana melakukan sesuatu bukan kerana Allah. Jadi sesiapa yang tidak ikhlas bererti dia musyrik. Ikhlas dan riyak (syirik) sama-sama menyusup dalam hati kerana memang hatilah tujuannya. Yang demikian itu akan ada dalam tujuan dan niat.

Bagaimanapun, dalam konteks ibadah umum, niat yang utama kita kerana Allah SWT kemudian barulah disusuli dengan niat-niat yang lain. Sebagai contohnya, apabila kita makan nasi maka kita niat makan itu kerana Allah SWT dengan tujuan untuk menguatkan tubuh badan kita supaya kjta berupaya untuk mengerjakan ibadah khusus dan berjihad di jalanNya.

2. Tidak bertentangan dengan Syariat Islam
Amalan yang dilakukan itu mestilah selari atau tidak bertentangan dengan syariat Islam. Dengan kata lain, amalan yang dilakukan itu hendaklah diakui oleh Islam, sesuai dengan hukum syariah dan tidak bercanggah dengan hukum tersebut. Amalan-amalan seperti pinjaman atau jual beli yang melibatkan riba, pekerjaan yang berkait dengan arak, hiburan yang melalaikan dan mengakibatkan percampuran antara lelaki dan perempuan adalah haram di sisi Islam dan tidak boleh menjadi ibadah bahkan ia merupakan maksiat dan boleh membawa kepada dosa besar. Suatu tujuan yang baikpun tidak akan menjadi ibadah jika kaedah yang digunakan untuk mencapainya bertentangan dengan Islam seperti mencuri untuk menolong orang miskin, membina masjid daripada duit riba dan sebagainya.

3. Tidak melalaikan ibadah khusus

Pekerjaan yang dilakukan itu mestilah tidak melalaikan si pelakunya daripada menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah SWT iaitu ibadah khusus terutama solat dan puasa serta zakat dan haji jika mampu. Allah SWT berfirman:
Terjemahan: (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang Yang kuat imannya Yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) Yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (Surah an Nur : 37).

Rasulullah SAW  juga bersabda yang bermaksud:

Perkara yang mula-mula dipersoalkan oleh Allah SWT di hari akhirat ialah solat. Sekiranya solat itu dilakukan dengan baik (sempurna syarat rukunya), maka amalan-amatan lain juga akan dihitung. Sebaliknyajika ibadat solat tersebut tidak sempurna (syarat dan rukunnya), maka semua amalan lain akan tertolak . (Hadis Riwayat Bukhari)

4. Melakukannya dengan tekun dan bersungguh-sungguh.

Pekerjaan itu hendaklah dilakukan dengan tekun (itqan) dan bersungguh-sungguh serta sebaik mungkin. Dalam hal ini, seseorang pekerja hams bersungguh-sungguh melaksanakan tugasnya dalam lingkungan kemampuan dan kepakarannya. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah SWT suka jika seseorang itu bekerja, maka ia bekerja dengan tekun (memperelokkan kerjanya itu). (Hadis Riwayatal-Baihaqi)

Sabdanya lagi yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah SWT mewajibkan kebaikan pada tiap-tiap sesuatu. (Hadis Riwayat Muslim)


Saidina Ali KW pernah berkata yang maksudnya:

Nilai seseorang ini terletak pada kebaikan yang diusahakannya.(Nahju al-Balaghah, 1395H: 482)

Nyatalah di sini bahawa segala amalan yang dilakukan oleh setiap individu akan menjadi ibadah sekiranya menepati syarat-syarat yang telah dijelaskan di atas. Kesimpulan daripada pembahagian ibadah khusus dan umum dalam Islam ini menunjukkan bahawa ialah keseluruhan hidup orang Islam atas muka bumi ini menjadi ibadah dan diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT Ini menjadi dalil betapa pemurahnya Allah SWT terhadap hambaNya yang beriman dan beramal salih.

4.4 Asas - Asas Ibadah

Untuk memastikan sesuatu ibadah yang dilaksanakan mampu membina insan berkualiti, maka ibadah tersebut mestilah didirikan berasaskan kepada llmu, Iman, Ihsan dan Ikhlas.

4.4.1 llmu Sebagai Asas Ibadah

llmu dalam bahasa Arab, berasal dari kata kerja 'alima, bermakna mengetahui. llmu dikaitkan dengan setiap aktiviti manusia berfikir, mengkaji, belajar dan lain-lain untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan. Maklumat atau pengetahuan yang diperolehi akan menimbulkan kefahaman dan melahirkan keyakinan.

Imam al-Syafie mengaitkan ilmu sebagai cahaya dari Allah. Oleh itu ilmu dalam Islam akan melahirkan keyakinan dan ketaqwaan yang terbukti melalui amalan manusia. Ilmu diperolehi bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah di samping ilmu yang bersumberkan pancaindera yang dibuktikan secara saintiflk. la berbeza dari pandangan barat yang mengagongkan ilmu yang dapat dicerap oleh pancaindera dan dibuktikan secara empirikal sahaja.

Imam al-Ghazali dalam penulisannya al-Munqiz, menggunakan makna ilmu sebagai objek dan sebagai proses pencapaian ilmu. Ilmu sebagai objek ialah apa atau sesuatu yang diketahui (ma'lum) dan ilmu sebagai proses pula melibatkan akal (aqliyah), deria (hissiyah) dan ilmu ladunni (terus ke hati, tanpa akal dan deria).

Syariat Islam amat mementingkan ilmu pengetahuan kerana dengan ilmu manusia dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Buktinya,

Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW  menjelaskan betapa Islam amat mengutamakan ilmu.
Oleh itu baginda amat memberi penekanan kepada umatnya untuk menuntut ilmu. Sabda Rasulullah SAW  bermaksud: 'Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim'.
Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang menggesa manusia menuntut ilmu dan menggambarkan status orang yang berilmu di sisi Allah. Firman Allah SWT :

Terjemahan: "(Engkaukah Yang lebih baik) atau orang Yang taat mengerjakan Ibadat pada waktu malam Dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang Yang mengetahui Dengan orang-orang Yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang Yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang Yang berakal sempurna. (Surah al Zumar : 9).

Rasulullah pula meletakkan martabat orang yang berilmu sebagai pewaris nabi sebagaimana sabda baginda yang bermaksud: 'Para Ulama' itu adalah pewaris nabi'. Rasulullah juga bersabda yang bermaksud:
'Keutamaan orang yang berilmu pengetahuan ke atas orang yang banyak ibaratnya, laksana keutamaanku keatas serendah-rendah orang dari kalangan sahabatku'.

Petikan dari firman Allah SWT dan hadis-hadis Rasulullah SAW  membuktikan keutamaan seseorang yang berilmu pengetahuan. Darjat mereka lebih tinggi dari orang yang melakukan ibadah, kerana sekiranya sesuatu ibadah itu dilakukan tanpa ilmu, tentulah ibadah tersebut tidak sempurna atau tidak dapat diterima sebagai ibadah. Tanpa ilmu juga, manusia tidak mengetahui bagaimana cara sebenar untuk melakukan ibadah dan ibadah yang dilakukan hanyalah sekadar ikutan (taqlid) semata-mata.

Dengan Ilmu manusia dapat membezakan antara keimanan dan kekufuran, membezakan antara hukum wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Ilmu juga dapat memberikan panduan apakah amalan yang menjadi keutamaan atau amalan yang lebih afdhal untuk dilakukan.

Sumber llmu dalam Islam
" Al-Qur'an
" Al-Sunnah
" Akal dan pancaindera - Akal dan pancaindera yang dibekalkan kepada manusia membolehkan manusia mencapai hakikat kebenaran selagi mana akal tersebut bersandarkan wahyu.
" Alam table - Khazanah alam membolehkan manusia berfikir dan menggunakannya untuk mencari kebenaran dan kekuasaan Allah
" Ilham - la berlaku secara ilham, intuisi atau mimpi yang berlaku kepada hamba-hamba pilihan sahaja.
i.
Klasifikasi llmu Dalam Islam

Sarjana-Sarjana Islam membahagikan ilmu mengikut pertimbangan tersendiri, tetapi pembahagian ilmu itu tidak membawa percanggahan terhadap maksud ilmu itu sendiri. Contoh-contoh pembahagian ilmu ialah:
i.Ilmu Nazori dan Ilmu Amali
ii. Ilmu Syariyyah dan Ilmu Aqliyah
iii. Ilmu Huduri dan Ilmu Husuli
iv. Ilmu Fardhu 'Ain dan Fardhu Kifayah

ilmu pengetahuan Islam boleh tersimpul dalam dua ilmu, ilmu Al-Qur'an dan ilmu al-Bayan.

Ilmu Al-Qur'an bersumberkan kepada wahyu; iaitu ilmu yang hak, kudus dan suci, datang dari Allah yang Maha Sempurna. Ilmu inilah yang berhak menjadi panduan dan hidayat kepada umat manusia. Di dalamnya terangkum ilmu tentang hakikat Allah dan RasulNya, tentang Rukun Iman dan Rukun Islam. Ilmu ini juga menjelaskan mengenai Islam sebagai ad-deen yang memberikan panduan yang menyeluruh kepada manusia untuk keperluan dan tuntutan hidup di dunia dan akhirat.

Ilmu al-Bayan pula bersumberkan daya dan akal fikiran manusia yang dimandatkan oleh Allah untuk mengkaji, menyelidiki dan menemuinya. la merupakan ilmu sains dalam semua cabangnya, iaitu sains tabie dan sains sosial. Ilmu ini mestilah tunduk kepada ilmu Al-Qur'an untuk mengelakkan kekeliruan, penyelewengan dan kesesatan.

Kesimpulannya, umat Islam memerlukan kedua-dua ilmu tersebut untuk menyempurnakan ibadahnya, kerana dengan ilmu mereka mendapat garis panduan untuk berjaya dalam setiap amalan yang dilakukan untuk kehidupan di dunia dan di akhirat.

4.4.2 Iman Sebagai Asas Ibadah

Iman berasal dari bahasa Arab amina yang bermaksud aman atau membentuk keadaan aman dan tenteram. Di dalam ilmu tauhid, iman bermakna membenarkan dengan hati dan berikrar dengan lisan dan beramal dengan ajaran-ajaran Allah SWT yang di bawa oleh Nabi Muhammad SAW  Kesempurnaan iman kepada Allah adalah secara Uluhiyah, Rububiyah dan Asma' wa SifatNya.

Kesempurnaan iman seseorang bergantung kepada ketiga-tiga perkara, iaitu pengakuan di dalam hati, menyatakan dengan lidah dan membuktikan dengan amalan. Dengan iman manusia akan terhindar dari melakukan syirik dan melakukan amalan-amalan yang boleh menyebabkan manusia menjadi syirik. Firman Allah SWT
øŒÎ)ur tA$s% ß`yJø)ä9 ¾ÏmÏZö/ew uqèdur ¼çmÝàÏètƒ ¢Óo_ç6""tƒ Ÿw õ8ÎŽô³è@ ""!$$Î/ ( žcÎ) x8÷ŽÅe³9$# íOù=Ýàs9 ÒOŠÏàtã ÇÊÌÈ "
Terjemahan: dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman Yang besar". (Surah Luqman : 13).

Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud: "Bukanlah iman itii dengan cita-cita dan perhiasan, tetapi adalah apa yang tersemat di hati dan dibuktikan dengan perbuatan.

Kenyataan ini membuktikan bahawa iman merupakan asas penting dalam menyempumakan ibadah. Oleh kerana Allah yang menciptakan manusia, maka Allah-lah yang selayaknya menentukan bentuk ibadah yang sewajarnya dilakukan oleh manusia dan manusia wajib mematuhinya. Keimanan akan melahirkan amalan atau ibadah yang dilakukan secara sukarela, tanpa paksaan. Beriman dan beribadah kepada Allah akan memberikan faedah kepada manusia selagi mana keimanan itu didasarkan kepada:

i. Keimanan yang luhur kepada Allah tanpa syirik.
ii. Ibadah yang dilakukan menurut cara yang telah ditetapkan Allah
iii. Mematuhi segala perintah dan menjauhi segala laranganNya.

Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa telah menjadikan seluruh alam ini. Dia juga memberikan rezeki dan peluang kepada makhluk untuk hidup dan menikmati kewujudan alam ini. Oleh itu, amatlah tidak patut manusia berlaku syirik kepada Allah dan melakukan perkara yang menjadi laranganNya.

Iman dan ibadah mempunyai hubungan yang amat erat kerana ibadah itu lahir dari keimanan, sedangkan iman itulah melahirkan kepatuhan, ketaatan dan ketundukan kepada Allah. Apabila ada iman dihati manusia, maka segala amalan dan ibadahnya pasti tidak akan menyeleweng.

Ibadah dalam Islam bukanlah tertumpu pada hari-hari tertentu atau tempat-tempat tertentu dengan upacara-upacara tertentu sahaja. Ibadah dalam Islam merupakan cara hidup yang merangkumi seluruh perlakuan manusia meliputi persoalan kekeluargaan, kemasyarakatan, kenegaraan, hubungan antarabangsa dan segala aspek yang berkaitan dengan kehidupan manusia secara individu atau berkumpulan.

Selain beriman kepada Allah, manusia yang benar-benar berjaya dalam melakukan ibadah bermakna telah juga menyempurnakan keimanannya kepada MalaikatNya, KitabNya, RasulNya, Hari Akhirat serta Qadha dan Qadar yang telah ditetapkan Allah.

Beriman kepada Malaikat
laitu mempercayai dan tidak menafikan kewujudan malaikat. Walaupun kehadiran mereka tidak dapat dikesan melalui penyelidikan saintifik dan pemikiran, tetapi sumber pengetahuan mengenai kewujudan mereka telah dijelaskan dalam Al-Qur'an dan hadith Rasulullah SAW

Tujuan beriman kepada malaikat ialah untuk membuktikan kepada manusia bahawa Allah berkuasa menciptakan segalanya sama ada dalam keadaan nyata atau keadaan ghaib. Berirnan kepada perkara ghaib adalah bukti ketaqwaan kepada Allah.

Malaikat diciptakan tidak mempunyai nafsu dan tidak mempunyai kuasa untuk memilih. Mereka telah ditugaskan oleh Allah dengan kewajipan-kewajipan tertentu. Tabiat mereka hanyalah semata-mata patuh dan tidak pernah menderhakai Allah. Tiap-tiap malaikat telah ditetapkan tugas masing-masing. Firman Allah SWT :
Terjemahan: dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk Yang bergerak serta Malaikat; sedang mereka (Malaikat-malaikat itu) tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepadanya). 50. mereka takut kepada Tuhan mereka Yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka mengerjakan apa Yang diperintahkan. (Surah al Nahl : 49).

Dalam konteks melaksanakan ibadah, manusia mestilah meyakini bahawa ada malaikat yang ditugaskan untuk mencatat segala amalan yang dilakukan, sama ada kebaikan atau keburukan walaupun sebesar zarrah. Oleh itu, manusia mestilah mematuhi perintah Allah dan menjauhi segala kemaksiatan.

Beriman kepada Kitab-kitab Allah
la bermakna wajib percaya kepada kitab-kitab yang telah diturunkan kepada para rasul, iaitu Al-Qur'an dan kitab-kitab kepada umat terdahulu seperti Suhuf Ibrahim, Al-Zabur, Al-Taurat dan Al-Injil. Kesemua rasul diutuskan untuk mengajarkan tauhid kepada manusia. Kitab-kitab yang diturunkan sebelum Al-Qur'an dikhaskan kepada kaum tertentu dan masa tertentu, tetapi Al-Qur'an diturunkan untuk semua bangsa, sepanjang zaman. Firman Allah SWT :
Terjemahan: Demi Allah! Sesungguhnya Kami juga telah mengutus Rasul-rasul kepada umat-umat Yang terdahulu daripadamu (Wahai Muhammad), lalu Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka Yang ingkar akan amal-amal mereka Yang jahat itu; maka Dia lah menjadi pemimpin mereka pada hari ini; dan mereka akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya. (Surah An Nahl : 63).

Al-Qur'an memberikan panduan kepada manusia mengenai peraturan-peraturan dalam kehidupan. Seorang Muslim yang beriman kepada al-Qur'an mestilah mengamalkan segala ajaran yang terkandung di dalamnya. Keimanan kepada kitab Allah merupakan kefahaman, kesedaran dan pelaksanaan ajaranNya.

Umat manusia sedang menghadapi ancaman dan malapetaka kerana mereka telah meninggalkan ajaran agama Allah. Sejarah telah membuktikan bahawa umat-umat terdahulu ditimpa kemusnahan kerana mereka mengingkari ajaran kitabNya. Maka umat di akhir zaman ini perlu kembali menghayati ajaran wahyu Allah yang terkandung di dalam Al-Qur'an.

Beriman kepada Rasul
la bermakna meyakini perutusan para Rasul yang dipilih oleh Allah dari kalangan manusia untuk menyampaikan dan memberikan panduan kepada manusia. Seluruh umat manusia telah didatangi oleh rasul-rasul Allah untuk menyeru mereka kepada ajaran yang satu iaitu Tauhid. Rasul yang terakhir ialah Nabi Muhammad SAW  Sesiapa yang mendustakan salah seorang daripadanya bermakna telah mendustakan keseluruhannya. Firman Allah SWT :
Terjemahan: dan Sesungguhnya Kami telah mengutus Dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada Yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula Yang berhak ditimpa kesesatan. oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah Bagaimana buruknya kesudahan umat-umat Yang mendustakan Rasul-rasulNya. (Surah An Nahl : 36).

Walau bagaimanapun, Rasul yang terdahulu telah diutuskan kepada umat terdahulu dalam masa yang tertentu, sedangkan Nabi Muhammad adalah diutuskan kepada seluruh alam, sehingga hari Akhirat. Ajaran yang dibawa oleh para rasul sebelumnya adalah tidak sempurna, sedangkan ajaran yang disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW  adalah ajaran yang sempurna dalam semua bidang kehidupan. Firman Allah SWT
Terjemahan: dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang Yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu). (Surah Saba' : 28).

Terjemahan: apa Yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa Dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan Yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. dan apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (SAW ) kepada kamu maka Terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang Yang melanggar perintahNya). (Surah al Hasyar : 7).

Kesimpulannya, dalam perlaksanaan ibadah, rnanusia mestilah mematuhi petunjuk dan panduan yang telah diberikan oleh para rasul kerana mereka adalah utusan Allah. Nabi Muhammad SAW  tidak menyampaikan melainkan apa yang telah diwahyukan.

Beriman kepada Hari Akhirat
laitu keyakinan bahawa Allah Taala telah menetapkan suatu hari di mana alam ini akan berakhir dan seluruh alam ini akan musnah. Keimanan terhadap hari akhirat akan membuatkan manusia sedar bahawa tiada apa yang kekal di dunia ini. Pengetahuan manusia yang dibuktikan pula dengan pencapaian sains dan teknologi moden menunjukkan bahawa semua kekuatan yang ada pada semua alat mempunyai tempoh yang terhad dan akan mencapai kemusnahanjuga akhimya.

Beriman kepada hari Akhirat juga bermakna yakin bahawa manusia akan menghadapi kehidupan di alam yang lain. Malah pada hari tersebut manusia akan dibangkitkan semula dan menerima pembalasan terhadap segala amalannya di dunia. Segala kebaikan walaupun seberat zarrah akan dihisab. Begitu juga segala kejahatan yang dilakukan. Manusia yang lebih banyak amal kebajikannya akan ditempatkan di syurga, yang lebih banyak amalan kejahatannya ditempatkan di neraka.

Terjemahan: dan Dia lah Yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian ia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang perlaksanaan Yang demikian amatlah mudah baginya. dan bagiNyalah jua sifat Yang tertinggi di langit dan di bumi, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah al Rum : 27).

Allah SWT berfirman tentang pembalasan;
Terjemahan: dan Allah jualah Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi; (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang Yang berbuat jahat menurut apa Yang mereka lakukan, dan membalas orang-orang Yang berbuat baik Dengan balasan Yang sebaik-baiknya. (Surah An Najm : 31).

Nas-nas yang terdapat di dalam Al-Qur'an ini menjelaskan kepada manusia bahawa kehidupan di akhirat adalah sesuatu yang pasti, yang wajib diimani. Oleh itu manusia mestilah memperlengkapkan dirinya dengan segala amal ibadah yang terbaik dan menjauhi segala kejahatan dan keburukan demi untuk mendapat kehidupan yang selamat di akhirat kelak.

Beriman kepada Qadha' dan Qadar
Mempercayai bahawa segala sesuatu yang terjadi adalah menurut ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT Allah menciptakan manusia dan Dialah yang menentukan perjalanan hidup manusia dan memberikan petunjuk hidayahNya.

Penentuan Allah terhadap segala sesuatu itu berlaku secara adil dan bersesuaian dengan kehendakNya yang telah memberikan petunjuk serta ruang kepada manusia untuk berusaha dan berikhtiar. Segala ibadah dan peraturan hidup yang telah ditetapkan itu adalah bertujuan untuk menjadikan manusia sebagai makhluk yang bertanggungjawab dan dapat dipersoalkan amalan mereka di akhirat nanti.

Terdapat berbagai kekeliruan terhadap Qadha dan Qadar yang berpunca dari kejahilan manusia itu sendiri. Misalnya golongan Jabariyyah yang menganggap manusia tidak perlu berusaha dan berikhtiar kerana segala urusan kehidupannya telah ditentukan oleh Allah. Selain itu, lahir juga golongan al-Qadariyyah yang berfahaman bahawa manusia telah diberikan kebebasan untuk berikhtiar dan berusaha menentukan nasibnya sendiri. Terdapat juga satu golongan yang beranggapan bahawa kepercayaan kepada Qadha dan Qadar akan menghalang kemajuan.

Kekeliruan yang timbul ini adalah berpunca dari kejahilan umat Islam sendiri disamping usaha-usaha musuh Islam untuk memesongkan akidah umat Islam. Oleh itu, apa yang perlu dilakukan oleh manusia ialah meyakini bahawa Allah akan mentakdirkan sesuatu berdasarkan usaha dan ikhtiar manusia. Selain itu kemungkinan manusia ditakdirkan dengan sesuatu yang tidak disukainya, tetapi semua itu adalah menjadi ujian atau ibtila' kepada manusia. Kesabaran terhadap ujian yang menimpa akan dibalas pula dengan ganjaran pahala.

Kesimpulannya, manusia mestilah beramal menurut kehendak iman. Manusia mesti yakin untuk melaksanakan segala ibadah yang dilakukan telah disyariatkan. Hanya ibadah yang disyariatkan sahaja yang akan diterima oleh Allah. Iman merupakan roh bagi Islam dan amal ibadah merupakan jasadnya. Iman .dan amal tidak boleh dipisahkan. Keimanan mengikat manusia untuk tunduk patuh dan terikat kepada undang-undang Allah. Keimananlah yang akan menjamin kesempurnaan perlaksanaan ibadah dan pemeliharaan syariat.

4.4.3 Ihsan Sebagai Asas Ibadah

Ihsan bermaksud baik, iaitu di dalam melakukan ibadah, sesuatu ibadah itu hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya. Kesempurnaan sesuatu ibadah itu hanya akan berlaku apabila seseorang itu merasakan pengawasan Allah SWT terhadap segala gerak-gerinya. Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud:
Ihsan itu ialah bahawa engkau abdikan dirimu kepada Allah seolah-olah engkau melihatnya; jika engkau tidak melihatNya sesungguhnya Dia melihat engkau. "(Bukhari)

Ini bermakna bahawa apabila seseorang itu melaksanakan sesuatu ibadah, misalnya ketika melakukan ibadah khusus seperti solat hendaklah dilakukan dengan betul, disempurnakan segala syarat dan rukunnya serta menjaga sunat dan adabnya. Ihsan di dalam muamalah atau ibadah-ibadah umum seperti berbakti kepada kedua ibu bapa, berbuat baik terhadap mereka, mematuhi segala perintahnya, tidak menyakiti hati mereka, mendoakan untuk mereka dan melaksanakan hajat mereka sama ada ketika mereka masih hidup atau telah meninggal dunia.

Ihsan sebagai seorang pelajar pula bermakna bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu, menjaga adab-adab terhadap guru, rajin berusaha dan mengemaskan segala bahan pengajiannya serta tidak menipu. Apabila sifat ihsan tertanam dalam diri manusia, maka setiap individu akan sentiasa menyempurnakan segala ibadah dan amal perbuatannya. Keadaan ini akan menjauhkan perbalahan dan tipu daya dalam masyarakat, wujudlah kehidupan yang harmoni dan sejahtera.

4.4.4 Ikhlas Sebagai Asas Ibadah

Ikhlas bererti mengkasadkan kata-kata, amal usaha, jihad dan pengorbanan kita kerana mengharapkan keredhaan Allah tanpa mengharapkan suatu faedah, nama, pangkat atau sanjungan. Dengan ikhlas manusia dapat berhubung langsung dengan Allah yang merupakan sumber hakikat dan kebaikan yang mutlak.

Islam amat menuntut manusia agar mencapai sifat ikhlas kerana keikhlasan itulah yang menjadi sari pati. setiap ibadah untuk layak menerima balasan dan ganjaran yang dijanjikan Allah. Firman Allah SWT :
Terjemahan: katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. 163. tiada sekutu bagiNya, dan Dengan Yang demikian sahaja Aku diperintahkan, dan Aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam Yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)". (Surah al An'am : 162).

Allah juga memerintahkan dengan jelas dalam firmanNya;
Terjemahan: pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan Yang demikian itulah ugama Yang benar. (Surah al Baiyinah : 5).

Sifat ikhlas merupakan penjamin kepada penerimaan segala ibadah kerana keikhlasan merupakan bukti praktikal kepada kesempurnaan iman. Allah memerhatikan manusia kepada keikhlasan hatinya dan bukan kepada bentuk luarannya. Rasulullah SAW  bersabda yang bemaksud:
'Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada badan kamu dan tidak juga kepada rupa kamu, tetapi Allah memandang kepada hati kamu'. (H.R.Muslim)

Setiap amalan (yang tidak dilarang oleh Allah) akan menjadi baik atau mempunyai nilai kebaikan apabila amalan itu terbit dari niat yang baik, dan dihubungkan dengan satu matlamat iaitu keredhaan Allah. Keikhlasan dan niat yang baik akan mengangkat manusia kepada kemuncak ketinggian darjatnya di sisi Allah. Masyarakat yang anggotanya terdiri dari orang yang ikhlas akan menuju kepada kebaikan kerana jiwanya bersih dan suci dari kehinaan dan terhindar dari kemusnahan.

Niat yang buruk dan penuh riyak pula akan menjatuhkan manusia kepada darjat yang hina dan amalannya tidak diterima oleh Allah. Sifat riyak akan menutup hati dari hakikat Allah dan mendorong kepada amalan yang bersifat kepura-puraan. Sabda Rasulullah SAW  bermaksud; "Sesiapa yang menunjukkan amalnya kerana riyak, Allah SWT akan bukakan akibatnya, dan sesiapa yang menunjukkan amal solehnya supaya disanjung dan dipuji, akan Allah SWT bukakan niat buruknya di khalayak ramai".

Kesimpulannya, untuk menjamin segala ibadah yang dilakukan mendapat keredhaan Allah SWT , ianya hendaklah disempurnakan dengan ilmu, iman, ihsan dan niat yang ikhlas kerana Allah SWT

4.5 Keistimewaan Ibadah Dalam Islam

Ibadah dalam Islam begitu istimewa sehingga ia berbeza dengan ibadah agama lain. Antara keistimewaan ibadah dalam Islam ialah:

4.5.1 Bebas dari sebarang perantaraan

Di antara fitrah manusia yang diciptakan Allah SWT ialah ingin mencari Tuhan dan mendekatkan diri kepadaNya. Rasa pengharapan kepada kuasa yang dapat melindungi manusia adalah fitrah manusia yang disediakan Allah SWT yang disampaikan melalui para RasulNya. Dalam Islam, perhubungan manusia dengan Tuhan adalah secara terus tanpa memerlukan sebarang perantaraan. Nabi dan Rasul serta para alim ulama diutus ke dunia ini untuk mengajak manusia menyembah Allah dan bukannya untuk dijadikan orang tengah dalam peribadatan sebagaimana yang berlaku dalam sesetengah agama lain. Firman Allah SWT :
Terjemahan: (setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, Wahai Muhammad) ke arah ugama Yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, Iaitu ugama Yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama Yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Surah al Ruum : 30).

Perbezaan cara beribadat orang Islam dengan orang bukan Islam digambarkan oleh Allah SWT dalam Surah Al-Zumar ayat 3;

Terjemahan: Ingatlah! (hak Yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah Segala Ibadat dan bawaan Yang suci bersih (dari Segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik Yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi Pelindung dan Penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan Kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang Yang tidak melakukan syirik) tentang apa Yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang Yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). (Surah al Zumar : 3).

Di sini jelas menunjukkan bahawa Allah SWT mengajar hambaNya supaya mengenepikan sebarang bentuk perantaraan dan mengikhlaskan diri dalam beribadat kepadaNya. Mengambil perantaraan dalam beribadat kepada Allah SWT walau atas apa alasan sekalipun akan menjerumus orang Islam ke dalam dosa yang paling besar di sisi Allah SWT Firman Allah SWT :
Terjemahan: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang Yang mempersekutukanNya Dengan sesuatu (Apa jua), dan akan mengampunkan Yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu (Apa jua), maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang amat jauh. (Surah al Nisa' : 116).

4.5.2 Tidak terikat dengan masa dan tempat tertentu

Masa dan tempat bukanlah halangan bagi orang Islam untuk beribadat kepada Allah SWT kerana ibadat di dalam Islam tidak terikat kepada dua faktor tersebut. Kita boleh beribadat bila-bila masa dan di mana jua. Cuma yang menjadi halangan ialah hawa nafsu kita yang tidak suka kepada ibadah. Bagi golongan pendidik yang bergelumang dengan ilmu dan pelajarnya, maka itulah ibadahnya. Golongan petani dan nelayan beribadah dengan bidang masing-masing. Ahli perniagaan beribadat dengan perniagaannya bahkan Rasulullah SAW  menyifatkan golongan peniaga yang amanah akan bersama-sama dengan para nabi di akhirat nanti sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah SAW  bersabda:

Maksudnya: "Taraf peniaga yang amanah setara dengan para nabi, siddiqin dan syuhada " (Hadis Rhvayat Tirmizi)

Begitu juga dengan masa untuk beribadah. Islam tidak menghadkan sebarang masa untuk melakukan ibadah umum ini. Dua puluh empat jam sehari iaitu daripada kita bangun tidur pada waktu pagi dan kembali tidur pada waktu malam kesemuanya menjadi ibadah sekiranya mengikut syarat-syarat yang telah dijelaskan sebelum ini. Kalau kita hanya mengharapkan pahala daripada ibadah khusus, alangkah sedikitnya pahala kita.

Allah SWT yang Maha Pemurah kepada kita umat Nabi Muhammad SAW  telah memberikan ruang dan peluang untuk kita menambah pahala melalui ibadah umum ini. Umur umat Nabi Muhammad hanya sekitar 60 hingga 70 tahun sahaja. Jadi amat rugilah kalau sekiranya kita tidak menggunakan peluang yang diberikan sementara umur masih ada untuk menghimpun seberapa banyak pahala melalui aktiviti seharian kita. Marilah kita menghayati bacaan yang selalu kita baca dalam doa iftitah:
Terjemahan: katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah al An'am : 162).

4.5.3 Tidak membebankan, mudah dan praktikal

Ibadah di dalam Islam adalah sesuatu yang tidak membebankan, mudah dan praktikal. Tanggungjawab yang diberikan kepada manusia amat sedikit dan sememangnya mampu dilaksanakan oleh mereka. Solat hanya diwajibkan lima kali sehari berbanding dengan lima puluh kali pada mulanya (sebagaimana diceritakan dalam peristiwa Israk dan Mikraj), puasa hanya sebulan dalam setahun, zakat pula hanya 2½% sahaja daripada harta dan sekali setahun sahaja manakala haji hanya bagi yang mampu dan diwajibkan sekali sahaja seumur hidup.

Firman Allah SWT :

Terjemahan: Wahai orang-orang Yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) Iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau Dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum Dengan tanah - debu Yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu Dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. (Surah al Maidah : 6).

Firman Allah SWT :
Terjemahan: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir". (Surah al Baqarah : 286).

FirmanNya lagi:

Terjemahan: dan Bahawa Sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa Yang diusahakannya; (Surah al Najm
: 39).

Dalam satu kajian tentang jumlah waktu yang diperuntukkan untuk solat, diandaikan manusia mengambil masa lima minit untuk satu waktu solat, bermakna dalam sehari semalam dia solat selama 25 minit. Diringkaskan pengiraan, sekiranya ditakdirkan dia hidup selama 60 tahun, maka dia hanya solat selama 6 bulan 25 hari sahaja.. Lihat betapa sedikitnya masa untuk beribadah dan pahalapun sudah tentulah sedikit. Jadi untuk manusia menambahkan pahalanya, dia perlulah menggunakan peluang keemasan ini untuk menambahkan koleksi pahalanya melalui ibadah umum.

Dalam Syariat Islam, terdapat suatu konsep yang dikenali sebagai rukhsah iaitu diberi keringanan kepada umat Islam melakukan ibadat dalam keadaan tertentu seperti sakit, jahil, musafir, perempuan haid dan nifas dan sebagainya. Sebagai contohnya, antara syarat sah solat ialah berwuduk. Sekiranya ketiadaan air atau anggota wuduk tidak boleh terkena air, boleh diganti dengan tayammum. Sekiranya tidak mampu mendirikan solat secara berdiri, boleh dikerjakan secara duduk dan seterusnya berbaring. la boleh dikerjakan di mana sahaja asalkan tempat itu bersih daripada najis. Sabda Rasulullah SAW , yang bermaksud:

Seluruh muka bumi ini adalah dijadikan masjid (RiwayatAbu Daud)

Solat dalam musafir yang melebihi dua marhalah (lebih kurang 96 km) boleh dijamakqasarkan. la tidak menjadi masalah bagi orang Islam yang sudah biasa dengannya walaupun dia berada di kutub utara atau selatan. Begitu juga puasa hanya sebulan dalam setahun. Sekiranya sakit atau perempuan datang haid atau nifas, boleh diganti pada waktu lain. Ibadah haji boleh diupah orang lain mengerjakannya sekiranya seseorang itu mampu dari sudut materialnya tetapi tidak mampu dari sudut fizikainya. Banyak lagi kemudahan yang Allah SWT anugerahkan kepada kita. Dalam hal ini, Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah SWT telah memfardukan beberapa kewajipan keatas kamu, maka janganlah kamu mensia-siakannya. Dia telah meletakkan sempadan-sempadan, maka janganlah kamu mencerobohnya. Dia telah mengharamkan beberapa perkara, maka ianganlah kamu melanggarnya. Dan Dia sengaja mendiamkan tentang banyak perkara kerana kasihankan kamu bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu mencari-cari tentangnya (Hadis Riwayat al-Dar al-Qutni)

Lantaran itu, walau sesibuk manapun manusia dengan tugas seharian, segala kewajipan dan larangan Allah SWT tidak boleh diabaikan. Begitu juga dalam aspek niematuhi dan menjauhi larangan Allah SWT tidak menyukarkan bagi manusia itu sekiranya mereka memahami sedalam-dalamnya hakikat kejadiannya dan tujuan ia diciptakan di atas muka bumi ini.

4.5.4 Skop ibadah yang sangat luas

Skop atau ruang lingkup ibadah dalam Islam sangat luas. Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam tajuk pembahagian ibadah, bolehlah disimpulkan bahawa ibadah itu merangkumi hubungan manusia dengan Allah SWT , dengan manusia dan dengan alam di sekelilingnya, Allah SWT berfirman:
Terjemahan: mereka ditimpakan kehinaan (dari Segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali Dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari Segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi Dengan tiada alasan Yang benar. semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah). (Surah al 'Imran : 112).

Peluang insan Muslim untuk mengumpul pahala melalui amalan sedekah terbuka luas. Sedekah dalam Islam bukan setakat mengeluarkan wang ringgit semata-mata bahkan setiap perbuatan baik manusia dikira sedekah dan mendapat pahala di sisi Allah SWT Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud:

Tiap-tiap anggota manusia itu melakukan sedekah pada setiap hari terbit padanya malahari Engkau mendamaikan orang yang berkelahi adalah sedekah, engkau menolong seseorang menaiki kenderaan atau menolong mengangkat barang-barangnya adalah sedekah, engkau mengucapkan perkataan yang baik adalah sedekah, tiap-tiap langkah engkau berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan engkau membuang sesuatu yang menyakitkan di jalanan juga adalah sedekah . (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas menunjukkan betapa luasnya ibadah dalam Islam. Keluasan ibadah seumpama ini hanya ada dalam Islam kerana agama dan kepercayaan lain kebanyakannya memisahkan antara ibadah dan urusan hidup seharian. Urusan ibadah hanya terpenjara di gereja dan kuil sahaja serta terhad kepada hubungan antara manusia dengan Tuhan semata-mata.

Kesimpulannya, Islam sebagai al-Din amat istimewa dan berbeza dengan agama dan cara hidup yang lain kerana ia datang dari Allah SWT Tuhan Yang Maha Sempurna. Rahmat yang dibawa oleh Islam dinikmati oleh semua makhluk di atas muka bumi ini.

4.6 Impak Ibadah dalam Kehidupan Muslim

4.6.1 Pendahuluan

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah SWT , dijadikan sebagai khalifah dan hambaNya yang akan melaksanakan segala kehendak dan perancanganNya di muka bumi. Segala apa yang ada padanya adalah milik Allah SWT termasuk hidup, mati, tenaga, kekuatan memahami, rezeki, perjuangan, kebaktian, keseronokan, sahabat, musuh, anak, isteri, harta benda dan sebagainya. Semuanya dilakukan demi untuk Allah SWT ,

Sebagai hamba, manusia khalifah hanyalah sujud, menyembah dan megagungkan Allah SWT di dalam taat, patuh, menyerah diri dan menyucikanNya daripada sebarang syirik dan penyamaan selain daripadaNya. Mengabdikan diri dengan sujud dan sembah inilah merupakan watak manusia yang dikasihi Allah SWT , malah itulah tujuan mengapa Allah SWT menjadikan manusia.

4.6.2 Membina Insan Berkuatiti

Ibadah atau mengabdikan diri kepada Allah SWT., Tuhan sekelian alam dengan sempurnanya melahirkan suatu natijah penyempurnaan pembentukan jati diri insan dari sifat-sifat kerendahan hawa nafsu kepada ketinggian pertimbangan akal dan wahyu, dari kedangkalan pengalaman kepada keluasan ilmu pengetahuan, pendedahan mehnah ibtilaa dan perhitungan strategik hari akhirat, beralih dari pergantungan terhadap pihak-pihak yang lemah kepada keyakinan kepada pemujaan Allah SWT. yang Maha Perkasa lagi bijaksana, meninggalkan kesibukan kehidupan kerana duniawi sementara kepada penghidupan akhirat yang lebih kekal abadi (selepas mati) dengan mengutamakan aspek-aspek tunduk dan sujud kepada syariat Allah SWT. yang lebih menjamin kebahagiaan dan pahala di sisiNya.

Ditinjau dari satu sudut yang lain, pengabdian diri kepada Allah SWT. itu adalah proses meningkatkan nilai diri dan amalan manusia untuk dipersembahkan kepada Tuhan yang Maha Agung, sudah pasti nilai kerja yang dilakukan itu terbaik dan cemerlang, bukan amalan yang rendah mutunya sehingga Allah SWT , menolak amalan tersebut dari kategori amalan soleh. Hasilnya, dengan ibadat dalam Islam, sikap individu dan kualiti kerja Muslim wajar bertambah baik dari masa ke semasa kerana proses kerja umat Islam menuju ke arah keefisyenan dan kecekapan, secekap para malaikat Allah SWT berkerja dan sebagai mana Allah SWT. menyukai dan melaksanakan kesempurnaan dalam setiap ciptaannya. Itulah piawaian mukminin ketika memperkatakan tentang Ibadat dan kualiti jati diri serta pekerjaan dan hubungkait antara keduanya.

Tidak ada jalan ringkas untuk menjadikan seluruh amalan individu manusia di dunia kekal dan memberikan kebahagiaan hakiki melainkan dengan jalan mengabdikan diri dengan semua pekerjaan dan amalan ketika berada di dunia ini hanya kepada Allah SWT Dia berhak disembah dan berkuasa pula memberikan ganjaran yang tidak termampu oleh seisi alam raya ini berikan kepada manusia, zahir dan batinnya. Jadi proses menjadikan penghidupan duniawi bermakna di sisi Allah SWT dan berfaedah kekal untuk manusia, hanya terdapat melalui prosedur Ibadah di dalam Islam yang melayakkan seluruh manusia bergelar hamba-hamba Allah SWT yang diredai dan dicintaiNya. Hasilnya kehidupan beribadah di dalam Islam mampu memberikan situasi yang positif kepada diri dan kehidupan individu insan, kepada kehidupan bermasyarakat dan bernegara serta dalam usaha membina peradaban dan ketamadunan manusia di muka bumi.


Jadi antara impak ibadah di dalam Islam yang boleh mengubah tamadun manusia termasuklah:
1. Melahirkan Kesatuan Matlamat
2. Terbentuk Budaya Hidup Islam
3. Mendidik Sifat Jujur dan Amanah
4. Terpeiihara daripada godaan syaitan
5. Terselamat dari Kejahatan dan Maksiat
6. Menghasilkan Pekerjaan yang Berkualiti (itqaan)
7. Mencetuskan Perasaaan Bebas dan Merdeka
8. Terbentuk Akhlak dan Jiwa tenteram
9. Melahirkan Masyarakat Produktif
10. Mendapatkan Kebaikan Dunia dan Akhirat
11.Layak Mendapat Pertolongan Allah SWT (nasrun minallah).

1. Melahirkan Kesatuan Matlamat
Sifat asli Ibadah ialah memfokuskan terhadap segala tujuan dan matlamat ibadah adalah untuk yang Esa, iaitu kerana Allah SWT. Kesatuan matlamat inilah diajar oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW  untuk seluruh umat baginda dalam setiap pekerjaan yang baik dan makruf. Allah SWT menyebut di dalam firmanNya bermaksud: "katakanlah (wahai Muhammad SAW ), sesungguhnya solatku, dan ibadatku, kehidupan dan segala urusan kematianku adalah dikerjakan hanya untuk Allah SWT , Tuhan sekelian alam. Aku tidak mesyirikkanNya, dan kerana itulah aku diperintahkan dan aku termasuk di kalangan golongan yang terawal tunduk menyembah Allah SWT " Maka ibadah ini memerlukan pilihan sendiri, kerelaan dan keredhaan had dan keikhlasan. Inilah sahaja jalan terang untuk memperolehi Islam agama Allah SWT yang berpaksi dan beroperasi di dalam diri setiap individu Muslim.

Inilah keindahan Ibadat di dalam Islam yang boleh menyatukan hala tuju perjuangan (unified vision) dan penghidupan suci di muka bumi ini (sacred way of life) agar semuanya di bawah pengendalian dan bimbingan Ilahi melalui syarak, kerana amalan manusia dibuat hanya untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT., bukan untuk mengambil keuntungan peribadi daripada perlaksanaan Islam tersebut demi kepentingan duniawi seseorang individu yang rendah dan murahan (baiy'at bi 'aradhin min al-dunya qaleei). Sifat Ibadah dalam Islam inilah membezakan pekerjaan umat manusia yang benar-benar berbakti untuk Allah SWT dan yang berbakti untuk hawa nafsu dan tujuan-tujuan duniawi semata-mata. Kesatuan matlamat inilah juga adalah suatu hakikat yang tidak boleh didustai oleh hati kecil insan (dhamir); kerana keikhlasan dan kemunafikannya dapat dinilai sendiri oleh individu yang memperolehi hidayah dari Allah SWT di dalam perjuangan untuk agama Islam dari Allah SWT ini. Firman Allah SWT. yang bermaksud:
Terjemahan: pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan Yang demikian itulah ugama Yang benar. (Surah al Baiyinah : 5).

Impak inilah yang secara pasti menyatukan barisan umat Islam mengikut formula Islam. Jawapan manusia Muslim berpecah dan tidak bersatu padu serta tidak berpegang dengan tali Allah SWT (agama Allah SWT ) adalah kerana kesalahan mereka di dalam Ibadat dan niat mereka di dalam amalan seharian adakah untuk Allah SWT dan agamaNya atau hanya untuk kepentingan hawa nafsu dan keseronokan hidup di dunia ini sahaja, tidak pernah bercita-cita untuk kembali bertemu Allah SWT dengan sebeban tanggung jawab duniawi yang telah ditunaikan keranaNya. Selagi tujuan ibadah ini tidak dilaksanakan untuk Allah SWT , lafaz niat kita, solat kita, puasa, gerakan zikir lidah dan bacaan Al-Quran kita masih dikuasai oleh syaitan untuk disesatkan ke arah tujuan-tujuan yang bersifat dunaiwi, jauh dari mendapat pahala dan ganjaran amal soleh dari Allah SWT Begitu jugalah hakikatnya dengan amalan seharian kita yang tidak bersifat ibadat, maka kesan kekuatan amal tersebut sangat rapuh dan hilang kewibawaan sebagai amalan golongan mukminin dan solihin disebabkan hilang keberkatan pekerjaan tersebut.

2. Terbentuk Budaya Hidup Islam
Ibadah di dalam Islam akan menghasilkan kesan tingkah laku, tindakan berterusan dan perlaksanaan nilai-nilai hidup Islam Qslamic values) serta iltizam mereka kepada Allah SWT , Tuhan pengabdian mereka yang sebenarnya. Inilah yang dinamakan sebagai budaya hidup Islam yang telah di asuh oleh Allah SWT menerusi kewajipan-kewajipan Syariat Islamiah dari Al-Quran dan Al-Sunnah Nabawiyah merentasi pentarbiyahan yang panjang - seumur hidup. Allah SWT menegaskan di dalam kitabNya yang mulia:
Terjemahan: (Katakanlah Wahai orang-orang Yang beriman: "Ugama Islam, Yang Kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah Yang mencorakkan seluruh kehidupan Kami Dengan corak Islam); dan siapakah Yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah Kami beribadat". (Surah al Baqarah: 138).

Oleh itu yang hanya menentukan penghayatan nilai-nilai Islam itu adalah sejauh manakah Muslim beribadah kepada Allah SWT menerusi kepatuhan mereka kepada suruhan dan tegahan dari Allah SWT hanya keranaNya semata-mata. Asas inilah mencegah manusia dari sifat-sifat kemunafikan, kerana Islam dan isi kandungannya tidak boleh dilakukan atau diperkatakan secara sia-sia tanpa iltizam keimanan dan penghayatan kepadanya dengan tidak berbelah bahagi. Jadi, setiap langkah adalah terjemahan tingkah laku Muslim tersebut sebagai tindakan ikhlas, berakhlak dan dipertanggung jawabkan di hadapan Allah SWT ke atas diri setiap individu Muslim.

Muslim yang taat kepada suruhan agama Islam, tidak dilahirkan secara spontan dan dalam masa yang relatif singkat, kerana Allah SWT rnahu mempastikan sikap pengabdian itu sebati di dalam diri mukminin dengan melakukan amal soleh yang menyubur dan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan mereka, melampaui batasan dan sempadan Islam yang mereka anuti sebagai dasar penerimaan ketundukan kepada Allah SWT dan agamaNya di peringkat awal. Hadith Rasulullah SAW  ada menyentuh tentang kualiti ini apabila sekumpulan 'muallaf' - golongan yang baru masuk Islam mendakwa mereka telah beriman dengan penuh yakin. Rasulullah SAW  membimbing mereka dengan bersabda : "janganlah kamu berkata kami telah beriman ['aamannaa], tetapi ucapkanlah kami telah menerima Islam [aslamnaa], dan belum masuk lagi keimanan itu ke dalam jiwa kamu." Pengabdianlah yang akan menentukan Budaya Hidup Islam itu berjalan dan terjadi secara berkesan di dalam kehidupan seseorang Muslim. Umat Islam perlulah melaksanakan banyak amalan soleh agar segala prinsip dan nilai-nilai keislaman, keimanan dan ketaqwaan dapat dilaksanakan dengan suasana penuh taat kepada Allah SWT.

Ketika budaya ketaatan perintah Allah SWT. telah subur di dalam jiwa umat Islam, maka tingkah laku mereka diwarnai oleh kebaikan makruf dan menjauhi kemungkaran. Maka inilah wajah Budaya Hidup Islam yang sangat unggul lahir dari masyarakat umat Islam yang telah melaksanakan Ibadah kepada Allah SWT. sepenuhnya di dalam aspek zahir dan batin; di dalam ibadat khusus mahupun ibadat umum. Firman Allah SWT. yang bermaksud: "dan hendaklah kamu melaksanakan sifat Ihsan (kecemerlangan amal) sebagai mana Allah SWT. melakukannya ke atas kamu. Maka janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi." Ibadatlah benteng yang akan menyekat umat Islam daripada segala bentuk pengaruh Budaya Hidup Barat atau Timur - yang rosak seperti semangat anti beragama, yang hanya menitikberatkan urusan duniawi dan kebendaan semata tanpa campurtangan agama - secularism., yang penuh dengan keniktnatan dan syahwat - hedonism dan yang menolak adanya Tuhan yang layak menentukan nilai-nilai sejagat untuk kebaikan manusia - ilhad atau Athiesm.

3. Mendidik Sifat Jujur dan Amanah
Sifat jujur (sidq) dan amanah (ameen) boleh terhasil dari hati insan yang menerima, mengakui dan memperjuangkan kebenaran Ilmu pengetahuan dan realiti yang berlaku di peringkat zahir atau pun batin; dengan kata lain kebenaran fizikal mahu pun spiritual - kerohanian. Ibadah dalam Islam terikat dengan rukun wajib dan sunat, syarat sah dan batal, diterima atau ditolak oleh Allah SWT , berkesan atau sia-sia - lagha, berhasil memberikan pahala atau mengakibatkan tanggungan dosa serta balasan azab dari Allah SWT Hanya golongan yang benar sikap dan pendirian mereka serta bertanggungjawab dengan kewajipan yang difahaminya sahaja dapat melaksanakan Ibadah dengan selamat, lalu mereka perolehi pahala, ganjaran dan kelebihan beribadah di sisi Allah SWT. dengan insaf dan penuh keimanan. Tegasnya sifat-sifat jujur dan amanah boleh lahir dari aktiviti-aktiviti pengabdian secara langsung di dalam menyempurnakan tuntutan ajaran agama Islam.
Firman Allah SWT :
Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (Surah al Nisa' : 58).
Dalam Islam kaitan antara amanah dengan kebenaran ilmu dan realiti keperluan semasa, sangat berkait rapat. Oleh kerana itu hanya golongan Muslim dan Mukmin yang memahami bahawa setiap kewajipan syarak dan tuntutan agama Islam itu sebagai kebenaran dan tanggung jawab sahajalah mampu menunaikannya kerana Allah SWT. agar menepati piawaian ibadah. Hasilnya sikap jujur dan amanah pasti
menjadi milikindividu tersebut yang melaksanakan dengan kerelaan dan penuh keikhlasan.


4. Terpelihara Daripada Godaan Syaitan
Ibadah kepada Allah SWT. menjadi suatu aktiviti yang bercanggah dengan kehendak Syaitan. Walau pun pada asalnya Syaitan atau al-Quran menamakannya Iblis adalah merupakan hamba Allah SWT. di kalangan jin yang dekat dengan Allah SWT. Disebabkan oleh salah perhitungan, dia mempertikaikan kewibawaan Adam a.s. menjadi khalifah di bumi dan enggan sujud kepadanya ketika di arahkan Allah SWT. berbuat demikian. Arahan sujud adalah merupakan setinggi-tinggi pengabdian kepada Allah SWT., malangnya syaitan enggan melaksanakan perintah yang satu-satunya ini mengakibatkan dia dilaknat (rajeem) oleh Allah SWT. hingga ke hari kiamat. Sebagai tindak balas, syaitan bersumpah dengan kekuasaan Ilahi agar dapat melalaikan umat manusia dari beribadat kepada Allah SWT. kecuali golongan yang ikhlas dalam pengabdian tidak mampu digugat olehnya. Firman Allah SWT. :
82. Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (Wahai Tuhanku), Aku akan menyesatkan mereka semuanya, -
Terjemahan: " kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu Yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan ". (Surah Saad : 83).

Jelaslah, ibadat memiliki impak yang sangat kuat terhadap Syaitan yang dikutuk dan dilaknati Allah SWT , namun ibadat kepada Allah SWT. perlulah berdasarkan ilmu pengetahuan dan hakikat serta realiti alam zahir dan ghaib yang dibimbing oleh Islam. Contoh jelas ketika syeikh Abdul Kadir Jailani - 'abid yang agung di muka bumi, dapat mengenali tipu daya Iblis dengan kekal berpegang kepada pengabdian diri kepada Allah SWT. tanpa kompromi. Maka ketika Iblis datang menawarkan berita gembira dari Allah SWT agar berhenti dari ibadah kerana telah memiliki Maqam atau darjat kesolehan yang hebat di sisi Allah SWT. Abdul Kadir mengetahui secara pasti helah Iblis apabila ianya menyanggahi kewajipan ketaatan bagi seseorang Muslim iaitu beribadah. Selamatlah beliau dari tipu daya iblis laknatullah dari mempengaruhi dan menarik Abdul Kadir Jailani ke neraka.

5. Terselamat dari Kejahatan dan Maksiat
Ibadat yang tulus dan suci kepada Allah SWT berjaya menempatkan jiwa dan peribadi individu itu benar-benar kenal, takut dan harap kepada yang diabdikan diri kepadaNya iaitu Allah SWT. (ma'bud bi haqqin). Dengan kemurahan dan kasih sayang Allah SWT. serta redhaNya, perasaan ketaqwaan bakal dianugerahkan Allah SWT. ke dalam diri para ahli ibadat. Tiada kekuatan dan helah manusia untuk tidak terhindar ke lembah kejahatan dan maksiat, kecuali pilihan Allah SWT., setelah hambaNya bertungkus lumus mentaatiNya dengan sepenuh tenaga dan usaha tidak mengenal jemu. Di sinilah rahmat dan kasih sayang Allah SWT. menjadikan manusia gerun untuk membuat maksiat kerana takutkan Allah SWT dan mengharapkan keredhaan Allah SWT. sahaja.
Firman Allah SWT.
Terjemahan: adapun orang Yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, - 41. maka Sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya. (Surah An Nazi'at : 40).

Antara ahlu ibadah dan ahlu maksiat adalah dua golongan yang berbeza, permulaan dan destinasinya. Ahli ibadah telah dijanjikan oleh Allah SWT. untuk memperolehi tempat di sisiNya dan mendapat layanan yang baik dariNya. Manakala golongan yang derhaka dan maksiat, telah di janjikan kepada mereka dengan azab kesengsaraan di dunia dan di hari akhirat nanti mereka akan menerima azab yang pedih. Firman Allah SWT. bermaksud : "barangsiapa yang suka untuk bertemu (Allah SWT.) Tuhannya, maka hendaklah dia beramal dan jangan sekali-kali mensyirikkan Dia dalam pengabdian dengan sesuatu yang lain." FirmanNya lagi yang bermaksud : "Barangsiapa yang berpaling dari mengingati Allah SWT., maka baginya suatu penghidupan yang gersang (sengsara di dunia), dan akan dihimpunkan mereka itu di hari akhirat dalam keadaan buta."

6. Menghasilkan Pekerjaan yang Berkualiti (ilqaan)
Perkataan amalan soleh dan kesempurnaannya itu mengambarkan kualiti kerja manusia Muslim yang beribadah. Kualiti di dalam Islam merangkumi piawaian zahir iaitu aspek kuantitatif dan kualitatif yang akan mendasari dan menepati sifat-sifat ilmu pengetahuan tentang aturan sistem alam raya dari berbagai sudut. Maka mematuhi piawaian-piawaian ilmu pengetahuan tersebut adalah ukuran kualiti pekerjaan yang dikehendaki oleh Islam di dalam amal agar dapatlah dikenali sebagai "itqaan" -ketelitian dan kesempurnaan tugas manusia lakukan untuk Allah SWT yang Maha Teliti hasil ciptaanNya lagi menyerlahkan Kemahiran dan KepakaranNya - al-lateef dan al-khabeer. Satu aspek kualiti di dalam Islam ialah kejayaan dari aspek sikap diri insan terhadap Allah SWT di dalam amalan soleh yang dikawal selia olehNya pada setiap tingkat usaha, maka hakikat ini dikenali sebagai pencapaian cemerlang iaitu ihsaan ". Golongan ini dikenali sebagai Muhsineen billah

Rasulullah SAW  pernah mengungkapkan kata 'Ihsan' tersebut dengan sabda baginda: "Ihsan itu ialah bahawa kamu mengabdikan diri kepada Allah SWT seakan-akan kamu melihat Allah SWT (di dalam pekerjaan kamu), dan sekiranya tidak demikian, yakinlah bahawa Allah SWT sentiasa memantau dan melihat amalan dan tindakan kamu."

Oleh kerana urusan ibadah di dalam Islam merangkumi ibadah khusus dan ibadah umum, maka impak ibadah-ibadah tersebut menghasilkan kesempurnaan amal dan kualiti amal di dalam solat, zakat, puasa, haji, korban dan sebagainya. Begitu jugalah dengan kesempurnaan amalan duniawi yang telah dicorakkan oleh Islam dalam skema pengabdian diri kepada Allah SWT , tentulah cemerlang prestasinya seperti berkerja di pejabat, pertanian, perusahaan, pendidikan, pembangunan ekonomi, pemerintahan dan berbagai lagi usaha memajukan kehidupan duniawi insan di dalam acuan amalan soleh.

7. Mencetuskan Perasaaan Bebas dan Merdeka
Islam mengajar penganutnya agar bersifat merdeka diri dari semua konkongan dan perhambaan selain dari Allah SWT Para ahli ibadat telah meletakkan Allah SWT sebagai ketaatan yang mangatasi keperluan dan kepatuhan selain dariNya. Jelasnya tujuan ibadah di dalam Islam adalah semata-mata menguji kesetiaan penganut kepada Allah SWT dan sanggup mengenepikan segala selain Allah SWT. dengan penuh kemegahan, kepercayaan dan kepastian (yakin) kerana ianya tidak dapat mengikat dan memaksa Muslim tunduk kepada selainNya. Perasaan pengabdian diri kepada Allah SWT  ., membuang pergantungan dengan selainNya dari sudut kekuasaan, keefisyenan dan akibat langsung yang bakal mendatangkan pengaruh terhadap manusia. Allah SWT sahaja yang layak dan berpengaruh dalam menentukan keputusan untuk manusia, jadi kesan dan pengaruh selainNya itu hanya berlaku dengan izin Allah SWT Inilah alasannya mengapa jiwa mukmin akan menyerahkan seluruh kemerdekaan kepada Allah SWT, dan ia bebas merdeka dari apa jua pengaruh makhluk di muka bumi dan di alam raya. Kemerdekaan inilah yang diingini oleh setiap hamba dan manusia di dunia ini.
Firman Allah SWT:
Terjemahan: Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang Yang beriman. ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). dan orang-orang Yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut Yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Surah  al Baqarah : 257).

Kekuatan ibadah bergantung kepada peningkatan keimanan, yang menyakini kuasa Allah SWT  . secara tuntas (jazam), mengatasi yang lain. Keimanan hasil dari pengabdian inilah mengajar penganutnya agar tidak menjadi hamba kepada sesuatu yang lemah dari kalangan makhluk. Hasilnya tiada ketakutan, keterikatan, pengaruh, penghambaan, tunduk dan patuh kepada makhluk, memberikan suatu perasaan kebebasan yang tiada tandingan di dalam hidup manusia.

8. Terbentuk Akhlak dan Jiwa tenteram
Akhlak Islam mestilah lahir dari proses pengabdian diri kepada Allah SWT tanpa syirik sedikit pun dengan selainNya. Akhlak tidak lahir dari jiwa yang tidak tunduk kepada pencipta yang menentukan Syariat Islamiah serta aturan kebaikan untuk dipatuhi manusia. Kesan kepatuhan melalui ibadah di dalam Islam, menghasilkan ketenteraman jiwa - tamaina al-qulub atau nafs al-mutma'innah kerana hati, jiwa dan akal budi insan telah kembali kepada kebenaran dan kepatuhan yang diperlukan oleh jiwa sejak azali. Kerana itulah Allah SWT  . menghujahkan dengan firmanNya :
Terjemahan: bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan. (Surah  al Ankabut : 45).

Dan Allah SWT  . menjelaskan lagi:
Terjemahan: "(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Surah  al Ra'd : 28).

Pengabdian diri kepada Allah SWT  . melahirkan jiwa tunduk dan mengakui kebesaran dan kekuasaan Allah SWT  . Manusia merasa tenang bernaung di bawah pemerintahanNya dan sangat yakin dengan janji-janji pahala, syurga dan masa penghidupan abadi yang baik - husnu al-ma 'aab kepada golongan Muslim Mukmin. Akhlak ahli ibadah ialah akhlak ahli-ahli syurga di dunia ini, pastilah mereka adalah golongan terbaik dan terpuji di dalam kehidupan duniawi mereka.

9. Melahirkan Masyarakat Produktif
Sebelum memahami Masyarakat Produktif, eloklah difahami sudut pandang Islam terhadap perkataan 'imarah' dan 'sinaa'ah' serta 'barakah' di dalam memahami persoalan kemajuan dan produktiviti. Jika tidak, umat Islam termasuk ke dalam perangkap konsep produktiviti dan kemajuan materialistik barat yang tidak berpenghujung, dipenuhi tamak haloba, kikir, perebutan kekayaan, persaingan antarabangsa, rakus dan memperhambakan manusia yang akan membawa banyak krisis kemanusiaan dan ketamadunan. Apakah kaitan antara pembangunan dengan pengabdian diri kepada Allah SWT  .?. Bagaimanakah pengabdian diri kepada Allah SWT  . menentukan produktiviti dan kemakmuran di muka bumi?.

Bermula dari firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah SWT, nescaya Dia akan mengemukakan jalan penyelesaian hidup di dunia, dan Dia akan memberikan banyak rezki dari surnber yang tidak di duga, sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan pada setiap sesuatu itu ukurannya." Bandingkan pula dengan firmanNya yang bermaksud : "Dan apabila kami ingin menghancurkan sesebuah wilayah, nescaya kami akan limpahkan kepada mereka dengan segala bentuk kemewahan (kekayaan - mutrafeeha), lalu mereka melaksanakan pelanggaran hukum Tuhan dengannya (aktiviti-aktiviti fasiq). Maka berhaklah mereka itu mendapat perintah (Allah SWT  .), Justeru, Kami telah binasakan mereka sebinasa-binasanya."

Jelas sekali di dalam ayat Allah SWT, telah digandingkan kemakmuran dan rezeki melimpah ruah dengan syarat, penghuni wilayah bertaqwa. Kalimah taqwa datang dari penghayatan ibadah secara tepat oleh warganya, kerana orang bertaqwa mulia di sisi Allah SWT bahkan menjadi piawaian perbandingan status manusia di dalam Islam. Orang bertaqwa adalah golongan yang cermat melaksanakan perintah Allah SWT  . dan berhati-hati (warak) dan menjauhi larangan serta kemurkaan Allah SWT Oleh kerana itulah jika sekiranya dibuat pemeriksaan terhadap tingkah laku dan pekerjaan golongan mukmin dan muttaqin ini, sudah semestinya amalan mereka bermutu tinggi, bebas dari curi tulang, berjihad untuk mencapai kecemerlangan dan bermati-matian mendapatkan pengiktirafan hakiki di dalam amal dan tindakan dari Allah SWT dan seperti yang dihendaki di dalam ajaran Islam. Inilah jawapan manifestasi jihad generasi awal (al-sabiquun al-awwaluun) yang menguasai ilmu, beramal dan berjuang serta berusaha tanpa mengenal jemu untuk menegakkan suruhan agama Allah SWT  . di dalam setiap sektor penghidupan. Maka tidak hairan mengapa umat Islam mampu memimpin peradaban manusia selama tidak kurang dari 900 tahun, di dalam bidang ilmu pengetahuan dan ketamadunan manusia sebelurn diambil alih oleh Tamadun Barat.

Hasil produk umat Islam ialah 'imarah' - pencetus kemakmuran, kerukunan dan perdamaian di dalam usaha dan tindakan memanipulasikan sumber alam raya dan peradaban manusia di dunia ini. Kesan keredaan

Terjemahan: "Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan ". (Surah  al Qasas : 77).

Mengapakah nampak seolah-olah persoalan diskriminasi kebahagiaan sedemikian rupa harus terjadi di dalam ajaran Islam sahaja?. Bagaimanakah dengan bangsa lain, agama selain dari Islam, bukankah mereka juga melakukan kebaikan dan memperolehi kepuasan dan kenikmatan duniawi?. Islam menekankan bahawa kebahagiaan hakiki tidak relatif, sebaliknya ia muktamad, pasti dan yakin dari sumber yang dipercayai (infallibility sources), menerusi pengabdian diri kepada Allah SWT  ., Tuhan Pencipta dan Penguasa alam raya, Dialah Maha berkuasa dan Maha Mengetahui. Oleh kerana kebahagiaan di dalam Islam bukan sahaja usaha ikhtiar dari manusia semata-mata, malah penyempurnaan dan anugerah dari Allah SWT  . hasil dari ketundukkan hamba kepada Tuannya tanpa syirik dengan sesuatu pun. Kejayaan untuk kekal di dalam pengabdian menerusi dasar Tawhid dan mencari redha Allah SWT seperti yang telah dibimbingNya mempastikan mereka mendapat kebaikan usaha mereka di dunia dan akhirat.

Perbedaan ketara antara kebaikan dan keburukan; bahagia dan derita sengsara bertolak dari manusia itu sendiri yang memilih untuk tunduk, taat dan mematuhi segala perintah Allah SWT dan menjauhi tegahanNya, sudah pasti ianya mendatangkan kesan baik dan kebahagiaan kerana pengabdian itu berdasarkan ilmu pengetahuan dan perintah dari syariat perundangan Ilahi yang Maha sempurna dan menjanjikan kesempurnaan kepada manusia dan alam raya yang mematuhi peraturan tersebut. Maka kerana itulah semua usaha pengabdian dinamakan sebagai al-ma'ruuf -berasaskan ilmu pengetahuan dan peraturan Allah SWT  . yang Maha mengetahui.

Manakala manusia yang memilih untuk ingkar, menentang dan menyanggah segala perintah Allah SWT  . dan laranganNya, sudah pasti ianya akan mendatangkan kesan buruk, penyesalan dan kesengsaraan kerana keingkaran itu hanya berdasarkan ilmu pengetahuan manusia yang sangat terbatas dan dangkal. Tambahan pula dengan hasutan syaitan dan hawa nafsu, pertimbangan pengingkar ini hanya berdasarkan hawa nafsu dan keseronokan duniawi serta kepuasan syahwat di dunia sahaja. Pastilah Allah SWT  . menjanjikan mereka penyesalan dan azab yang berkekalan di akhirat nanti. Oleh yang demikian segala usaha keingkaran tersebut dinamakan sebagai al-mungkar - berdasarkan penentangan terhadap ilmu pengetahuan Ilahi dan menyanggahi kebenaran Ilahi. Di manakah tempat untuk golongan yang malang dan jahil ini ditempatkan melainkan keseronokan sedikit di dunia dan mengalami krisis jiwa yang berpanjangan (severedly psychotic) di dunia, di akhirat kelak Allah SWT  . tempatkan mereka di neraka yang penuh dengan azab sengsara.

11. Mendapat Pertolongan Allah SWT  . (nasrun minallah).
Para ahli ibadah di dalam ajaran Islam adalah golongan yang hampir (muqarrabeen), dikasihi dan diredhai (rahmatih wa mardhatih) oleh Allah SWT  ., Tuhan yang disembah mereka dan diabdikan diri mereka kepadaNya. Allah SWT  . dalam memperkatakan pemberian pertolongan menjelaskan di dalam al-Quran bermaksud : "dan adalah merupakan tanggung jawab Kami, iaitu menolong golongan beriman kepadaKu." Arb., [wa kaana haqqan 'alayna nasru al-mu'mineena] Dalam memahami pertolongan kepada golongan beribadah dan golongan ingkar, umat Islam perlu tahu membedakan antara keduanya. Pertolongan kepada ahli-ahli ibadah di kalangan Muslim dan Mukminin dikenali dengan karamah -tanda Allah SWT  . memuliakan mereka dengan kemuliaan dariNya untuk mereka (karamatu al-insaan - human dignity}. Manakala bantuan kepada golongan ingkar untuk menjayakan lagi keingkaran dan penentangan mereka kepada Allah SWT, Rasul SAW  dan golongan mu'minin di kenali sebagai istidmaj - tanda suatu penghinaan dari Allah SWT kepada mereka berkekalan melakukan keingkaran terhadap ajaran Islam.

Rahsia kemenangan dan pertolongan Allah SWT  . terhadap golongan mu'minin diungkapkan oleh sayyidina Umar al-Khattab r.a., dengan jelas sekali iaitu bila mana orang bertanya tentang bagaimanakah umat Islam boleh memenangi peperangan, sedang jumlah musuh jauh lebih ramai dari umat Islam.? Tegas beliau bahawa umat Islam menang di medan peperangan disebabkan oleh dosa dan maksiat pihak musuh, berbanding dengan umat Islam yang taat beribadah kepada Allah SWT  . walau di mana mereka berada. Maka jika umat Islam juga melakukan dosa dan maksiat, Allah SWT  . akan kalahkan mereka kerana dosa mereka sama dengan dosa musuh, sedang musuh masih ada kekuatan senjata dan kuda-kuda perang serta anggota perajurit yang ramai
berbanding umat Islam.

Maka pengabdian diri kepada Allah SWT sangat berkait rapat impaknya kepada pertolongan Ilahi kepada umat Islam. Allah SWT menjelaskan bahawa golongan yang berjihad di jalan Allah SWT untuk memungkinkan perlaksanaan ajaran Islam di semua aspek sebagai menolong agama Allah SWT  . Sebagai balasannya, Allah SWT berjanji menolong mereka itu dan akan mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan mereka di muka bumi kerana kesetiaan mereka menyembah Allah SWT  . Firman Allah SWT yang bermaksud : "sekiranya kamu menolong Allah SWT (memperjuangkan agama Islam agar dihayati dan dilaksanakan), maka nescaya Dia akan menolong kamu. Dan Dia akan mengukuhkan kedudukan kamu." Mengimbas peristiwa peperangan Badar Kubra, di mana Rasulullah SAW  mengadu kepada Allah SWT secara langsung dengan menghujahkan mengapa perlu memenangkan tentera umat Islam yang kecil jumlahnya berbanding dengan musyrikin Quraisy. Baginda mengadu kepada Allah SWT  . seraya mendoakan : " sekiranya Engkau kalahkan tentera umat Islam yang kecil pada hari ini, maka tidak akan ada lagi golongan yang akan mengabdikan diri kepadaMu Ya Allah SWT" Jadi faktor kemenangan umat Islam dalam peperangan dan perjuangan hidup mereka, mestilah dicorakkan dengan pengabdian diri kepada Allah SWT Ekoran daripada itulah pertolongan yang hakiki datang dari Allah SWT untuk hambaNYa yang diredhai.

Kesimpulan
Islam suatu agama yang menghubungkaitkan antara pengabdian diri kepada Allah SWT   di dalam segala usaha manusia dengan impak positif dan kecemerlangan terhadap kehidupan manusia di dunia dan di akhirat. Apabila manusia memberi tumpuan kepada usaha untuk matlamat hari akhirat seperti yang dijanjikan Allah SWT, maka semua kesan kebaikan, keselamatan dan kebahagiaan manusia akan diperolehi di kedua-dua
penghidupan duniawi atau ukhrawi. Inilah kesan agung Islam sebagai al-Din ke atas manusia.